Monday, 17 October 2016

PENYATUAN BANGSA

KONSEP 1 MALAYSIA

•   Slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah banyak diperkatakan dan dibahaskan.
•    Secara umumnya,gagasan Satu Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020.
•    Satu Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat bagi memastikan rakyat di negara ini tidak ditelan arus pembangunan.
Agar setiap rakyat ada daripada kelompak kecil atau besar dan tidak dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan yang sama.
Gagasan ini juga bertujuan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang kuat dan maju tetapi juga menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup bersatu padu sebagai satu bangsa.
Satu Malaysia ini juga, mempunyai pelbagai kaum,agama dan latar hidup disatukan bagi  melahirkan satu bangsa dengan  satu impian sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.

PENYATUAN DAN PERPADUAN BANGSA

Penyatuan
•Bermaksud proses,cara atau perbuatan menyatukan.
Perpaduan
•Perpaduan ialah penyatuan,dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.
Kebaikan penyatuan dan perpaduan bangsa
•Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejateraan serta kemakmuran negara.
•Perpaduan dan keharmonian elemen yang peting dalam sesuatu perpaduan.

Langkah mengekalkan perpaduan dan penyatuan bangsa.
1.Perpaduan
•Anjuran program rumah terbukan di musim perayaan
•Aktiviti bergotong-royong juga boleh mengekalkan perpaduan kaum
Pengenalan sekolah wawasan,ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan pelajar

     MENYEMAI SIKAP PATRIOTISMA DAN KEDAULATAN NEGARA

1.Patriotisma
•Patriotisma berasal daripada bahasa Greek,iaitu patriots yang bermaksud fellow countrymen,iaitu rakan senegara dan pratrice bermaksud fatherland atau country,iaitu tanah air atau negara.
•Patriot juga dikatakan sebagai seorang yang cintakan negara dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan negaranya.
•Semangat patriotisma merupakan  perasaan taat setia kepada negara ianya senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun.
•Nilai-nilai patriotisme perlu diterapkan melalui kurikulum dan kokurikulum. Oleh itu subjek seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina,Bahasa Tamil,Pendidikan Moral,Pendidikan Islam,Kajian Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah,perlu diterapkan nilai-nilai patriotism yang disepadukan melalui topik.
•Individu juga boleh memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat patriotime terhadap negara.
•Individu perlulah mengambil insiatif untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri mereka.

2. Kedaulatan negara
•Kedaulatan negara memastikan keamanan negara dapat dikekalkan.
•Agar rakyat dapat hidup dengan tidak diganggu,hak individu dihormati dan tidak dicabuli,bebsa memilih cara hidup tidak dizalimi,bebas memberi pendapat,bebas beragama dan persatuan,bebas begerak dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa.
•Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap optima kerana kelekaan dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada neokolonialime.

•Kepentingan kedaulatan adalah negara itu bebas dari kongkongan atau ancaman luar.
•Kedaulatan negara boleh dikekalkan melalui kebolehan yang ditunjukkan oleh negara dan pemimpinnya. Melalui kebolehan yang ditunjukkan oleh negara kita kepada negara luar akan menyebabkan negara luar hormat kepada negara kita.
•Disamping itu,sikap bersatu padu juga harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan sesebuah negara. Di negara kita,sikap bersatu padu dipupuk melalui kebudayaan kebangsaan. Ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik budaya. Agar matlamatnya adalah ke arah mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia.




















No comments:

Post a Comment